VARIETI PADI
Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional dan padi varieti baru. Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia . padi varieti baru mempunyai potensi penghasilanyang tinggi tetapi bermasalah daripadasegi mutu dan kurang ketahanan terhadap perosak dan penyakit. manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap fotokala.bertempoh matang yang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas terhadap baja. walau bagaimanapun , varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya yang sedap .
Ciri-ciri utama vaieti padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam. Varieti -varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini . varieti -varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Tahan penyakit karah
2) Tahan gangguan di peringkat anak semai
3) Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak
4) Tidak mudah rebah
5) Masak serentak
6) Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera
penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah pentang dalam dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi . disyorkan menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysai Standard MSN469-1993..
No comments:
Post a Comment