KEPERLUAN ASAS TANAMAN PADI
Tanaman padi memerlukan sinaran matahari , suhu dan jumlah hujan ( 18-40 cdan 1240mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. oleh itu , tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung , lempung pasir, lom lempung atau lempung berpasir yang adalah sesuai . sifat kimia tanah sawah yang subur iaitu pH (5.0-6.0)bnitrogent (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/ 100g) , CEC (>20meq/100g) dan karbon organik (2-3%)
KAWASAN TANAMAN
Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di pantai Barat terutamanya di bahagian Utara . Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan .
Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman neolitik antara 6000 hingga 4000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport.
Padi Huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu . Ini disebabkan padi huma di tanam dengan caralama dan kurang mengunakan baja serta daripada benih yang kurang baik . Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakan oleh serangga . padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaanya ditanam oleh orang asil seperti iban dan murut . kelebihan padi huma adalah padi tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.
Btatas adalah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi. Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai bentang penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlabih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam. Anak padi aka tenggelam , terutama jika selepas hujan lebat . Batas air di dalam sawah perlu di kawal sepanjang masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan juga merupakan asal nama bandar kepala batas .
No comments:
Post a Comment