USIA TANAMAN PADI
Usia tanaman padi dikira dari ula ditabur sehingga mengerat, umurnya terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaran apabila soal itu diperbincangka. Padi yang berumur kira-kira tujuh bulan ke atas dipanggil padi berat dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil padi ringan.
Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bahgaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya . mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.
peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditanam itu beranak. peringkat ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting . manakalah peringkat yang keempat pula dari bunting hingga mula berbuah . peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah sehingga padi itu masak. tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.
No comments:
Post a Comment