Friday, 15 January 2016

SYSTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI)


SYSTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI) 




SYSTEM OF RICE INTERSIFICATION

(SRI)



System of rice intersification atau sistem kepadatan padi ialah satu kaedah penanaman padi yang digunakan untuk meningkatkan hasil padi. sistem ini telah di asaskan pada tahun 1983 di Madagascar

SEJARAH DAN KONSEP


Idea penggunaan sistem ini bermula seawal tahun 1960-an apabila Father Henri de Laulanie membuat pemerhatian kepada amalan petani yang menanam hanya satu pokok padi berbanding amalan biasa menanam banyak benih di dalam satu lubang dan tidak membiarkan sawah dipenuhi air ketika peringkat fasa tampng. Penanaman dilakukan dengan jarak yang luas di dalam bentuk tersusun seperti kotak . pada ketika itu, penanaman padi secara mencendung dilakukan oleh manusia secara manual menggunakan kuku kambing.

Pada tahun 1983 , keadaan menanam mencendung menggunakan anak benih yang berusia kurang dari 15 hari didapati menunjukan hasil yang sangat baik. Ketika harga baja melonjak naik pada ketika itu, penggunaan baja organik sangat meluas tetapi dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan penggunaan baja kimia. Konsep dan amalan SRI terus menerus dievolusikan bagi penggunaan di dalam penanaman padi tanpa sistem pengairan dan pada ketika itu kaedah menanam secara mencebdung amat popular berbanding tabur terus.

prinsip yang perlu di dalam penggunaan sistem SRI  bagi menjamin hasil yang berkesan :

1) Sawah padi perlu dibiarkan lembab bukannya dalam keadaan tepu air bagi meminimumkan keadaan anaerobik , supaya dapat meningkatkan dan memperbaiki pertumbuhan akar serta menyokong pembiakan dan diversiti organisma tanah yang aerobik.

2) Pokok padi perlu mempunyai jarak yang optimum di antara satu sama lainbagi membantu pertumbuhan akar ( bagi penyerapan nutrien dengan lebih berkesan ) dan kanopi (supaya semua daun dapat menjalanakan proses fotosintesis dengan lebih aktif.

3) anak pokok padi perlu dipindahkan segera dalam keadaan muda ( 15 hari )bagi mengelakkan kesan trauma pada akar dan "kejutan" akibat pemindahan

prinsip ini sekaligus mengubah amalan konvensional di dalam pengurusan pokok , tanah , air dan nutrien . Perubahan ini dapat meningkatkan produktiviti bagi semua genotype padi,  dengan sesetengah varieti memberi respon yang lebih baik dari yang lain apabila kaedah SRI digunakan . Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi , mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50%


PENYEBARAN SRI

Penyebaran SRI dari Madagascar ke seluruh dunia telah dilakukan oleh Norman Uphoff, pengarah international institute for Food , Agriculture and Development , Universiti Cornell yang terletak di ithaca, New York. Beliau memulakan usaha ini sejak tahun 1993 hingga 2005 , segalanya bermula pada tahun 1993, beliau telah menemui pegawai dari Association Tefy Saina, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Madagascar pada tahun 1990 oleh de Laulanie bagi mempromosikan SRI . setelah melihat kejayaan SRI selama 3 tahun di mana petani di Madagascar dapat meningkatkan hasil padi purata mereka dari 2 tan / ha kepada 8 tan/ ha dengan SRI. Uphoff mengiktiraf sistem ini dan pada tahun 1997 beliau mempromosikan SRI di Asia.

Sehingga tahun 2007 SRI telah didokumenkan oleh 28 negara dan yang terkini termasuklah Bhutan , Iraq , Iran dan Zambia . kerajaan di negara China  india dan indonesia menggalakkan penggunaan SRI dengan mengembangkan sistem ini di kalangan petani.

Konsep dan amalan SRI bukan sahaja diaplikasikan di sawah padi tetapi juga tanaman lain seperti di india . Konsep ini turut digunakan dalam tanaman gandum dan tebu . Sistem ini dikatakan berjaya digunakan di Kerala , india.

Universiti Cornell  (New York ) Universiti Wageningen  (Belanda ) dan IRRI telah berkerjasama bagi menjalan satu kajian percubaan di seluruh dunia bagi penggunaan SRI untuk tanaman padi bermula pada tahun 2009 sehingga 2011.

KELEBIHAN SRI


1)Pokok padi lebih resisten pada tekanan abiotik seperti kemarau dan banjir

2) Hasil padi  yang lebih tinggi 

3) Penggunaan air yang lebih efisyen 

4)Mengurangkan penggunaan anak benih

No comments:

Post a Comment