Saturday, 16 January 2016

KAEDAH TRASPLANTING



KAEDAH MENCENDUNG ( TRANSPLANTING ) MENGGUNAKAN JENTERA


Kaedah menanam secara mencedung atau mengubah menggunakan jentera trasplanting secara tidak langsung mengaplikasikan kaedah SRI . Di mana penanaman padi secara mencendung menggunakan jentera , jarak tanaman dan bilangan anak benih boleh diubah mengikut kesesuaian pada mesin tersebut . Dalam amalan biasa di negara ini khususnya kawasan Barat laut Selangor , jarak antara pokok yang biasa ialah antara14 hingga 22 cm manakala jarak antara baris ialah 30 cm . Bilangan anak benih yang digunakan antara 3 hingga 5 seeding per point. Anak benih yang digunakan berumur di antara 14 hingga 22 hari.

Penanaman padi menggunakan kaedah mengubah ( trasplanting ) ini mempunyai pelbagai kelebihan seperti memudahkan pengurusan rumpai, penyakit dan perosak, mengurangkan penggunaan benih , mengurangkan populasi padi angin , menjadikan penggunaan air lebih efisyen dan pelbagai kelebihan lain walaupon kos permulaannya agak tinggi . Sehingga kini. lebih 4000 hektar tanaman padi di barat laut selangor menggunakan kaedah penanaman secara mencedung dan menjelang penghujung 2009 sebanyak 2000 hektar sawah lagi akan menggunakan kaedah ini.

Hasil padi juga lebih tinggi dan berkualiti dengan penggunaan kaedah penanaman menggunakan trasplanter berkemungkinan dipengaruhi oleh sistem SRI dimana akar tanaman lebih bebas untuk menyerap nutrien dan kanopi daun pokok dapat membantu daun menjalankan proses fatasintesis dengan lebih berkesan . Penggunaan baja juga dapat dioptimumkan dengan kaedah ini. Rekod menunjukkan hasil padi tertinggi pernah dicapai di Sekinchan dan sungai burong diantara 10 hingga 13 tan sehektar dengan penanaman secara mencedung.


KESIMPULAN UNTUK SISTEM INI

Sistem SRI yang digunakan dalam kaedah penanaman secara mencedung menunjukan banyak kelebihan terutama sekali bagi kawasan penanaman padi di Barat Laut Selangor . Penggunaan kaedah mencendung dengan jarak dan bilangan anak benih yang sesuai dapat meningkatkan produktiviti hasil padi dan seterusnya meningkatkan pengeluaran padi dan beras di Selangor.

Friday, 15 January 2016

SYSTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI)


SYSTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI) 




SYSTEM OF RICE INTERSIFICATION

(SRI)



System of rice intersification atau sistem kepadatan padi ialah satu kaedah penanaman padi yang digunakan untuk meningkatkan hasil padi. sistem ini telah di asaskan pada tahun 1983 di Madagascar

SEJARAH DAN KONSEP


Idea penggunaan sistem ini bermula seawal tahun 1960-an apabila Father Henri de Laulanie membuat pemerhatian kepada amalan petani yang menanam hanya satu pokok padi berbanding amalan biasa menanam banyak benih di dalam satu lubang dan tidak membiarkan sawah dipenuhi air ketika peringkat fasa tampng. Penanaman dilakukan dengan jarak yang luas di dalam bentuk tersusun seperti kotak . pada ketika itu, penanaman padi secara mencendung dilakukan oleh manusia secara manual menggunakan kuku kambing.

Pada tahun 1983 , keadaan menanam mencendung menggunakan anak benih yang berusia kurang dari 15 hari didapati menunjukan hasil yang sangat baik. Ketika harga baja melonjak naik pada ketika itu, penggunaan baja organik sangat meluas tetapi dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan penggunaan baja kimia. Konsep dan amalan SRI terus menerus dievolusikan bagi penggunaan di dalam penanaman padi tanpa sistem pengairan dan pada ketika itu kaedah menanam secara mencebdung amat popular berbanding tabur terus.

prinsip yang perlu di dalam penggunaan sistem SRI  bagi menjamin hasil yang berkesan :

1) Sawah padi perlu dibiarkan lembab bukannya dalam keadaan tepu air bagi meminimumkan keadaan anaerobik , supaya dapat meningkatkan dan memperbaiki pertumbuhan akar serta menyokong pembiakan dan diversiti organisma tanah yang aerobik.

2) Pokok padi perlu mempunyai jarak yang optimum di antara satu sama lainbagi membantu pertumbuhan akar ( bagi penyerapan nutrien dengan lebih berkesan ) dan kanopi (supaya semua daun dapat menjalanakan proses fotosintesis dengan lebih aktif.

3) anak pokok padi perlu dipindahkan segera dalam keadaan muda ( 15 hari )bagi mengelakkan kesan trauma pada akar dan "kejutan" akibat pemindahan

prinsip ini sekaligus mengubah amalan konvensional di dalam pengurusan pokok , tanah , air dan nutrien . Perubahan ini dapat meningkatkan produktiviti bagi semua genotype padi,  dengan sesetengah varieti memberi respon yang lebih baik dari yang lain apabila kaedah SRI digunakan . Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi , mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50%


PENYEBARAN SRI

Penyebaran SRI dari Madagascar ke seluruh dunia telah dilakukan oleh Norman Uphoff, pengarah international institute for Food , Agriculture and Development , Universiti Cornell yang terletak di ithaca, New York. Beliau memulakan usaha ini sejak tahun 1993 hingga 2005 , segalanya bermula pada tahun 1993, beliau telah menemui pegawai dari Association Tefy Saina, sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Madagascar pada tahun 1990 oleh de Laulanie bagi mempromosikan SRI . setelah melihat kejayaan SRI selama 3 tahun di mana petani di Madagascar dapat meningkatkan hasil padi purata mereka dari 2 tan / ha kepada 8 tan/ ha dengan SRI. Uphoff mengiktiraf sistem ini dan pada tahun 1997 beliau mempromosikan SRI di Asia.

Sehingga tahun 2007 SRI telah didokumenkan oleh 28 negara dan yang terkini termasuklah Bhutan , Iraq , Iran dan Zambia . kerajaan di negara China  india dan indonesia menggalakkan penggunaan SRI dengan mengembangkan sistem ini di kalangan petani.

Konsep dan amalan SRI bukan sahaja diaplikasikan di sawah padi tetapi juga tanaman lain seperti di india . Konsep ini turut digunakan dalam tanaman gandum dan tebu . Sistem ini dikatakan berjaya digunakan di Kerala , india.

Universiti Cornell  (New York ) Universiti Wageningen  (Belanda ) dan IRRI telah berkerjasama bagi menjalan satu kajian percubaan di seluruh dunia bagi penggunaan SRI untuk tanaman padi bermula pada tahun 2009 sehingga 2011.

KELEBIHAN SRI


1)Pokok padi lebih resisten pada tekanan abiotik seperti kemarau dan banjir

2) Hasil padi  yang lebih tinggi 

3) Penggunaan air yang lebih efisyen 

4)Mengurangkan penggunaan anak benih

VARIETI PADI



VARIETI PADI



Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional dan padi varieti baru. Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia . padi varieti baru mempunyai potensi penghasilanyang tinggi tetapi bermasalah daripadasegi mutu dan kurang ketahanan terhadap perosak dan penyakit. manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap fotokala.bertempoh matang yang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas terhadap baja. walau bagaimanapun , varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya yang sedap .

Ciri-ciri  utama vaieti  padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam. Varieti -varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini . varieti -varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:



1) Tahan penyakit karah

2) Tahan gangguan di peringkat anak semai

3) Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak

4) Tidak mudah rebah

5) Masak serentak

6) Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera 

penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah pentang dalam dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi . disyorkan menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysai Standard MSN469-1993.. 

USIA TANAMAN PADI


USIA TANAMAN PADI


Usia tanaman padi dikira dari ula ditabur sehingga mengerat, umurnya terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaran apabila soal itu diperbincangka. Padi yang berumur kira-kira tujuh bulan ke atas dipanggil padi berat dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil padi ringan.

Yang lebih mustahak diketahui lagi  ialah bahgaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya . mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditanam itu beranak. peringkat ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting . manakalah peringkat yang keempat pula dari bunting hingga mula berbuah . peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah sehingga padi itu masak. tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.



Thursday, 14 January 2016

KEPERLUAN ASAS PADI


KEPERLUAN ASAS TANAMAN PADI


Tanaman padi memerlukan sinaran matahari  , suhu dan jumlah hujan ( 18-40 cdan 1240mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. oleh itu , tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung , lempung pasir, lom lempung atau lempung berpasir yang adalah sesuai . sifat kimia  tanah sawah yang subur iaitu pH (5.0-6.0)bnitrogent (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium  (>0.1 meq/ 100g) , CEC (>20meq/100g) dan karbon organik (2-3%)


KAWASAN TANAMAN 








Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di pantai Barat terutamanya di bahagian Utara . Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan .

Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman neolitik antara 6000 hingga 4000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport.

Padi Huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu . Ini disebabkan padi huma di tanam dengan caralama dan kurang mengunakan baja serta daripada benih yang kurang baik . Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakan oleh serangga . padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaanya ditanam oleh orang asil seperti iban dan murut . kelebihan padi huma adalah padi tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Btatas adalah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi. Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai bentang penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlabih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam. Anak padi aka tenggelam , terutama jika selepas hujan lebat . Batas air di dalam sawah perlu di kawal sepanjang masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan juga merupakan asal nama bandar kepala batas .

PENGENALAN KEPADA TANAMAN PADI




PENGELASAN SAINTIFIK
TANAMAN PADI


Famili : poaceae

Genus : oryza

Spesies : o.sativa

Nama binomial : oryza sativa



 Di Malaysia padi yang di tanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan padi huna atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan xara yang teratur.


ANATOMI POKOK PADI



ANATOMI BERAS





Tuesday, 12 January 2016

Assalammualaikum untuk tugasan kali ini saya bersama dua orang rakan telah diberi tugasan untuk menyiapkan blog sport, fokus kami di dalam blog sport ini adalah lebih kepada cara untuk menyediakan blog sport ini dan untuk menyiapkan blog sport ini. Di dalam blog sport ini kami akan kongsikan tentang tanaman padi dan akan di selitkan dengan system of rice intensification (SRI) dan penanaman padi menggunakan mesin transplanter :


Di bawah ini saya sertakan kekuatan ahli kumpulan saya berserta biodata pengenalan diri bagi setiap ahli di dalam kumpulan saya :


NAMA: SITI MASDIANA BT KHODERI

NO MATRIK: 22DAG15F1008

ASAL: KEDAH

SEBAB MEMILIH KOS INI: KERANA SAYA MEMINATI BIDANG YANG MENJURUS KEPADA PERTANIA



NAMA: NURUL ATIKAH BT ZULKEFLI

NO METRIK: 22DAG15F1029

ASAL: PERAK

SEBAB MEMILIH KOS INI: MENDALAMI ILMU AGROTEKNOLOGI AGAR DAPAT MENCAPAT CITA-CITA


NAMA: NURDINI NAZIFA BINTI AZLIMAN

NO MATRIK: 22DAG15F1032

ASAL: KELANTAN

SEBAB MEMILIH KOS INI : KERANA INGIN MENCAPAI CITA-CITA DAN BERHARAP DAPAT MENOLOG KEDUA IBUBAPA  DAN SETERUSNYA MEMBANGGAKAN MEREKA.



Ahli kumpulan